Memo & hebahan

Sekiranya ada cadangan daripada ahli untuk penambahbaikan portal ini sila emailkan kepada pentadbir ke adminpetanda@gmail.com

Sembang

Chit-chat Petanda

Iklan

Iklankan disini:
Noni-Kuale
Komuniti pengguna noni Kuala Kangsar
Kohalal
Malaysia Halal Products & Services Directory
Warisan Labusayong
Selamat Datang ke Perusahaan Kraftangan Seramik kami!
Adanya Sayang
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Ghazalitul Aishiah
Home
Facebook Kelab PETANDA Kuala Kangsar PDF Cetak emel
Ditulis oleh A.J.K Biro Seranta   
Khamis, 04 Mac 2010 07:25

Atas permintaan ramai ahli, kelab petanda telah mewujudkan satu laman sosial Facebook bagi kegunaan ahli dan boleh dilawati di  http://www.facebook.com/group.php?gid=334836563379

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 04 Mac 2010 07:34
 
Kelab Petanda Kuala Kangsar Lakar Sejarah PDF Cetak emel
Ditulis oleh A.J.K Biro Seranta   
Khamis, 07 Januari 2010 03:35


Pada 25-26 Disember 2009 satu lagi sejarah bagi kelab Petanda Kuala Kangsar tercipta apabila berjaya menawan puncak gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu. Seramai 8 orang ahli kelab Petanda termasuk Pengerusi Kelab iaiti En. Mohd Amin Shafie sendiri dan 3 lagi daripada peserta awam terdiri daripada jurulatih turut sama menyertai ekspidisi ini. Sebelum itu satu Majlis Pelepasan Ekspedisi Gunung Kinabalu juga telah diadakan dan Penasihat Kelab Petanda Dato' Hj Mohd Gazali b. Jalal telah sudi  menyempurnakan majlis tersebut. Walaupun penyertaan hanya terdiri daripada beberapa ahli sahaja tetapi semangat daripada ahli-ahli Petanda lain turut dibawa bersama.

Sepanjang pendakian berbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhi sehingga ada dikalangan pendaki yang hampir putus asa tetapi dengan semangat yang kental semua ahli yang menyertai pendakian berjaya hingga ke puncak tanpa ada seorang pun yang terkandas. Ini merupakan satu kejayaan yang besar bagi kelab ini dan diharap pada masa akan datang aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi dengan lebih banyak penyertaan di kalangan ahli. Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat menaikkan lagi nama Kelab Petanda Kuala Kangsar malahan setiap ahli yang menyertainya dapat melupakan sedikit sebanyak masalah dan bebanan tempat kerja dan ia juga adalah aktiviti yang sihat.

 

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 04 Mac 2010 07:23
Baca Lagi...
 
Bolasepak: Petanda VS Pilihan Kuala Kangsar PDF Cetak emel
Ditulis oleh A.J.K Biro Seranta   
Isnin, 14 Disember 2009 11:58

Pada 2 Disember 2009, Pasukan Bolasepak Kelab Petanda telah mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan pasukan Pilihan Kuala Kangsar dan keputusan telah berpihak kepada pasukan Petanda dengan kemenangan 4 berbalas 0. Tujuan perlawanan ini adalah untuk membuat pemilihan bagi kejohanan Piala PTG yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 07 Januari 2010 03:58
 
Majlis Qurban 2009: Petanda Kuala Kangsar PDF Cetak emel
Ditulis oleh A.J.K Biro Seranta   
Khamis, 03 Disember 2009 05:01

29 November 2009, Kelab Petanda telah mengadakan Majlis Qurban sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilahda yang bertempat di perkarangan kediaman YDP Petanda iaiti En. Mohd Amin Shafie. Seekor lembu telah dikorbankan dan peserta-peserta sendiri terdiri dari kalangan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar atau ahli kelab Petanda.

Terakhir dikemaskini pada Isnin, 14 Disember 2009 11:57
Baca Lagi...
 
Gunung Berembun, Cameron Highland PDF Cetak emel
Ditulis oleh A.J.K Biro Seranta   
Isnin, 09 November 2009 02:50

24 Oktober 2009 - Kelab Petanda Kuala Kangsar telah mengadakan satu latihan pendakian di Gunung Berembun, Cameron Highland. Seramai 8 orang peserta dari ahli Petanda dan 6 orang lagi peserta luar turut menyahut cabaran ini. Pendakian diketuai oleh YDP Kelab Petanda sendiri iaitu En Mohd Amin b. Shafie dan kebanyakani yang terlibat adalah ahli-ahli yang akan mencatat sejarah bagi Kelab Petanda Kuala Kangsar iaitu Program Pendakian Gunung Kinabalu yang akan dijalankan pada bulan Disember nanti.

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 03 Disember 2009 05:14
Baca Lagi...
 
« MulaSblm12345SeterusnyaTamat »

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Tinjauan kami

Pandangan anda tentang portal ini?
 

Login Pengguna



Siapa ditalian?

Kami ada 3 tetamu ditalian