| Majlis Qurban 2009: Petanda Kuala Kangsar |
|
|
|
| Ditulis oleh A.J.K Biro Seranta |
| Khamis, 03 Disember 2009 05:01 |
|
29 November 2009, Kelab Petanda telah mengadakan Majlis Qurban sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilahda yang bertempat di perkarangan kediaman YDP Petanda iaiti En. Mohd Amin Shafie. Seekor lembu telah dikorbankan dan peserta-peserta sendiri terdiri dari kalangan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar atau ahli kelab Petanda.
Majlis yang diadakan adalah secara gotong-royong dimana kerja-kerja melapah, memotong dan mengagihkan daging-daging lembu dilakukan oleh ahli Petanda sendiri. Secara keseluruhannya majlis ini adalah agak meriah dengan kehadiran ramai ahli kelab Petanda dan kerja-kerja yang dilakukan secara gotong -royong. Diharap tahun depan kelab Petanda dapat menjalankan Majlis Ibadah seperti ini lagi, semoga program ini mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.
betul ke ni?
Aktiviti melapah sedang dijalankan
Beginilah suasana di bawah pohon mempelam rumah YDP
Tengoklah gaya penghulu kita tu..
Kaum hawa pun turut memeriahkan majlis ini..
Antara individu yang terawal dan terglamour.. |
| Terakhir dikemaskini pada Isnin, 14 Disember 2009 11:57 |